Monday, March 30, 2009

PEMANDANGAN INDAH

Minggu lepas, kami sekeluarga hadir di majlis MaulidurRasul SAW seorang rakan sepejabat. Selain menikmati hidangan yang menyelerakan, apa yang menarik ialah suasana di kampung itu. Sawah padi menghijau terbentang luas dan menyejukkan mata memandangnya. Pasti penduduk kampung itu sentiasa tenang dengan suasana sebegitu. Itulah juga pengalaman kali pertama daku dan keluarga dapat melihat pokok padi dengan lebih dekat. Selama ini hanya melihat dari jauh sahaja. Kedengarannya janggal tapi itulah hakikatnya.

Sunday, March 29, 2009

KENANGAN DI PULAU PERHENTIAN


PULAU PERHENTIAN

Jumaat lepas aku dan keluarga bercuti di Pulau Perhentian.(Melepaskan geram kerana tidak berkesempatan ke mana-mana waktu musim cuti sekolah lalu). Pertama kali ke Pulau Perhentian mengajarku beberapa perkara. Pengalaman menaiki bot untuk solat Jumaat amat mengesankan. Kulihat ramai penduduk sekitar yang menaiki bot untuk menunaikan kewajipan. Nampak susah bagiku, namun tidak bagi mereka. Bagiku, agak mencabar rasanya kehidupan mereka di pulau itu.
Selain itu, aku amat gembira dapat makan bersama keluarga sepanjang di sana. Keriangan hati turut dirasai melihat anak-anakku leka dengan aktiviti mereka. Harapanku semoga mereka menghargai suasana seumpama itu. Walau bagaimanapun, ada perkara lain yang amat mencabar di sana. Pandangan perlu dijaga kerana ramai yang mendedahkan aurat. Bukan pelancong luar tetapi pelancong tempatan.

Friday, March 20, 2009

TENANG WALAU BERHUTANG

Buku ini adalah antara buku yang sedang dalam pembacaanku kini. Hutang memang menjadi `teman' kebanyakan daripada kita. Tidak dinafikan `teman' itu sememangnya telah banyak membantu kita. Dengan bantuan `teman' itu, kita miliki rumah, kereta dan sebagainya.

Namun, mempunyai `teman' yang tidak dikawal sudah pasti akan menghantui kita. Jadi, walaupun ber`teman', aku berharap `teman' ku itu tidak akan menghantuiku. Biarlah aku terus tenang ber`teman'kannya. Buku ini pula akan menjadi `teman' baruku. Dan aku berharap agar aku menjadi bertambah tenang....

Untuk mengenali penulis buku ini, klik di sini.

BILA BERJAUHAN

Semalam, daku menelefon ibuku di kampung untuk bertanya khabar. Ibuku memberitahuku bahawa dia baru sahaja boleh berjalan. Rupa-rupanya dah seminggu dia tak boleh berjalan kerana kakinya bengkak akibat terjatuh di belakang rumah. Selama seminggu itu, ibuku dibantu oleh adik bongsu dan ayahku untuk bergerak. Kakak sulongku yang tinggal di kampung berhampiran pula menghantar makanan ke rumah kerana ibuku tak dapat memasak. Dia jugalah yang ke klinik mengambil ubat untuk ibuku. Syukurlah ayah, kakak dan adikku tinggal bersama dan berdekatan dengan ibuku. Ada yang membantu di saat-saat begitu.

Ibuku sengaja tak beritahu aku yang jauh ini kerana tak mahu aku susah hati. Itulah keadaannya bila berjauhan ini. Semoga Tuhan mempermudahkan segalanya buat kami sekeluarga ...

Friday, March 13, 2009

CUTI & ANNIVERSARY

Cuti sekolah datang lagi. Anak-anakku nampak gembira. Maka akan ligatlah aktiviti mereka dengan PS2. Berseleraklah rumahku nampaknya sepanjang minggu cuti sekolah ini. Tetapi, Mimah asyik merungut sebab tiada program untuk mereka pada cuti sekolah ini. `Kawan-kawan adik semuanya pergi bercuti. Ada yang pergi Kuala Lumpur, balik kampung.' rungutnya. Tapi, apakan daya kerana tugasku di pejabat tak mengizinkan aku untuk mengambil cuti panjang.

Ulangtahun perkahwinanku yang ke 15 pun belum sempat ku-raikan. Dalam diam..... dah 15 tahun rupanya daku berkongsi hidup dengan ANISKU........ ALHAMDULILLAH.

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL SAW

SELAMAT MENYAMBUTNYA ...



Saturday, March 7, 2009

RABIULAWAL ...

Rabiulawal menjelang lagi. Bulan mengingati Rasul saw yang wajib dicintai. Malah bukan pada Rabiulawal sahaja. Sepanjang masa.

Rabiulawal juga adalah bulan `kemANISan' bagiku. Pada Rabiulawal ini, daku menyambut ulangtahun perkahwinan yang kini telah berusia 14 tahun. Alhamdulillah.

Sunday, March 1, 2009

LAGU BUAT MAK & AYAH

Sayunya bila dengar lagu ini. Terkenang mak dan ayah yang jauh di mata (Namun tetap dekat di hati). Semoga sentiasa diRahmatiNya selalu.