Friday, May 29, 2009

BERCUTI LAGI ...

Hari ini aku dan keluarga bercuti di Merang, Terengganu. Hajat asal nak ke Kuala Terengganu tapi tiada penginapan yang `available'. Maklumlah musim cuti sekolah. Lagipun rancangan nak bercuti ini pun `last minute' jer aku buat.

Yang paling happy tentulah Adham. Mudah je Adham bangun pagi bila aku sebut nak mandi kolam kat dia. Siap cium pipi aku lagi. Dalam kereta pun tak nak tidor. Excited sangat agaknya nak mandi kolam.

Tapi yang paling best ialah bila anak-anak pergi mandi kat kolam, aku dan Anisku macam pengantin baru ler ....

CUTI SEKOLAH & BALIK KAMPUNG

Sampailah masanya kini kebanyakan orang sibuk dengan kenduri kahwin, `makan gulai, balik kampung, pergi umrah dan pelbagai aktiviti lagi sempena musim cuti sekolah ini. Hotel-hotel dan tempat penginapan di kebanyakan tempat pula penuh.`Rate'nya pula lebih tinggi daripada hari-hari biasa.

Akupun teringin sangat nak balik kampung.... Cuma hajat itu dipendam saja kerana jarak dan kesempatan yang ada belum mengizinkan. Selepas Ramadhan nanti InsyaAllah aku akan balik kampung seperti yang dirancang.

Jadi, bercuti sekolah di sini sajalah nampaknya anak-anakku....

Wednesday, May 27, 2009

KEMBALI KE ALAM REMAJA

Sedap juga bila dengar lagu ini ...


Saturday, May 23, 2009

SAYANG DUIT & TERHARU

Khamis lepas Syuhadah menerima hadiah sempena keputusan UPSR 2008 oleh pihak sekolah lamanya. Gembira nampaknya dia. Daku mengusiknya, `Bila nak belanja ayah?'. Dia diam aje. Bila kubertanya lagi, dia menjawab, `Akak sayanglah duit akak. Mana boleh belanja. Kan ayah dah banyak duit...' Tak merasalah nampaknya nak `merasa' belanja daripada anakku itu.

Tapi yang paling aku terharu ialah bila Hamimah bertanya padaku. `Ayah nak makan apa Ayah? Biar adik jer belanja sebab adik pun ada duit jugak...'. Tak sangka rupanya Mimah tak sanggup melihat aku `kecewa' kerana tak dapat `merasa' belanja daripada Syuhadah.

KENANGAN DI VILLA DANIALLA



Minggu lepas daku sekeluarga berkesempatan berehat di hujung minggu. Tempatnya di Villa Danialla, Tok Bali, Kelantan. Cantik tempatnya. Anak-anakku nampak happy terutama waktu mandi kolam. Adham, seperti biasa, menjerit-jerit tak mahu berhenti mandi kolam walaupun bibirnya bergetaran kesejukan. Peluang sebegini memang amat berharga buatku. Kesempatan bersama keluarga tersayang amat membahagiakan. Syukur Alhamdulillah.

Thursday, May 7, 2009

CANTIK


Alhamdulillah, diam tak diam dah hampir selesai urusanku di ibukota. InsyaAllah selepas ini dapatlah daku bersama kembali dengan keluarga yang dirindui. Biasanya aku akan `post' kan berita beserta gambar tempat penginapanku sebaik sahaja aku tiba. Namun kali ini, kerana beberapa sebab, ianya lewat kulakukan. Kepada anak-anakku, inilah gambar buat tatapan kalian.

Wednesday, May 6, 2009

HUBUNGAN HATI

Anisku mengirim sms malam tadi. Demam katanya. Mungkin penat melayan karenah Adham yang dikatakan asyik `buat hal' aje. Selepas itu aku telefon Anisku untuk bertanya khabar. Syukur lah demamnya dah berkurang selepas makan ubat yang sememangnya sentiasa ada di rumah.

Oh ya. Aku `out-station' hari ini dan ini bermakna aku akan menanggung rindu terhadap Anisku dan anak-anak sehingga hujung minggu ini. Pun begitu, bagiku, berjauhan juga adakalanya dapat `merapatkan' hubungan. Maksudku, hubungan hati. Hati makin rapat bila berjauhan. Rindu juga makin mendalam. Itulah kebahagiaan...

Friday, May 1, 2009

PELAJAR TERBAIK SPM 2008

Petang tadi aku membawa Syuhadah dan Hamimah ke majlis ceramah oleh pelajar terbaik SPM 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kelantan. Majlis bermula jam 3.30 petang dan berakhir kira-kira satu jam selepas itu. Selepas ceramah, aku bertanya kepada Syuhadah dan Mimah. `Macamana ceramah tadi? Ok tak?' Jawab mereka, `ok'. `Apa yang adik ingat Kak Madihah pesan tadi? tanyaku pada Hamimah. `Jangan tinggal solat.' jawabnya. Syukurlah. Mudah-mudahan anak-anakku itu juga akan berjaya mengikut jejak Nik Nur Madihah. Cemerlang dalam peperiksaan dan terpuji akhlaknya. InsyaAllah.

ALAHAI ADHAM

Pagi tadi, kira-kira jam 3.15, aku dikejutkan oleh Anisku. Wajahnya nampak risau. Rupa-rupanya Adham demam dan agak membimbangkan. Apa tidaknya. Mulut Adham terketar-ketar dan tapak kakinya pula sejuk. `Macam mana ni bang?' ulang Anisku berkali-kali. `Nak ke klinik atau hospital ya?' tanyaku pula. Kami sebenarnya teragak-agak kerana baik klinik ataupun hospital, kedua-duanya amat di`takuti' Adham. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke klinik dahulu.

Alhamdulillah, selepas balik dari klinik, keadaan Adham beransur baik. Panas badannya berkurang. Sampai sahaja di rumah, Adham buka TV dan menontonnya seperti biasa. Kami pun tak tahu jam berapa Adham tidor kerana kami terlena kepenatan sehinggalah Subuh menjelma......