Monday, August 31, 2009

10 RAMADHAN

Hari ini mendung dan nyaman. Cuti membolehkanku berehat di rumah. Sempatlah membereskan bil-bil tetap bulanan yang perlu dibayar pagi tadi melalui `on-line banking'. Sebelum ini, penat daku `menziarah' beberapa bank setiap bulan untuk tujuan yang sama. Mujurlah ada rakan sepejabat yang mengesyorkan cara mudah ini. Memang mudah. Tapi kalau `line' slow, kena banyak bersabar le....

Hari ini dah 10 Ramadhan. Umur pun dah meningkat 10 hari lagi. Dah makin berusia diri ini. Tapi, bila tgk diri di cermin, rasa macam muda lagi. Hehe...

Petang ni cadang nak keluar cari baju raya untuk anak-anak. Nak elak daripada belanja `last minute'. Lagipun, tak nak mengganggu penghayatan Ramadhan di 10 malam terakhir nanti.

Kepada pembaca-pembaca blog ini (samada di Malaysia atau di Jakarta), jangan lupa memperbanyakkan doa di bulan mulia ini. InsyaAllah dimakbulkan Tuhan. Percaya tak bahawa doaku di Ramadhan lalu banyak yang telah dimakbulkan Tuhan. Salah satunya pula hampir dimakbulkan olehNya pada Ramadhan ini. Alhamdulillah...

Friday, August 28, 2009

7 RAMADHAN

Cepatnya masa berlalu. Dah 7 hari rupanya Ramadhan dilalui. Suasana Ramadhan terasa sekali kelainannya. Syahdu, tenang dan membahagiakan. Kehidupan juga lebih `teratur' di bulan ini. Sukar nak digambarkan dengan tulisan. Alhamdulillah.

Oh ya. Semalam daku berbuka tanpa karipap sardin Anisku. Selepas memulakan berbuka dengan khurma, biasanya karipap sardinlah yang ku jamah dulu. Daku tahu Anisku akan `suspen' menanti komenku tentang rasa karipap yang dia buat. Kalau aku kata sedap, senyum lebarlah dia. TAPI, kalau aku kata, `kurang masin', atau`kenapa intinya tak lumayan', tawar je senyumannya. Bagi aku, yang penting, kita jujur. Ya tak? Tapi karipap sardin Anisku memang aku suka. Nak komen lebih-lebih karang, takut `kembang' pulak isteriku tu....

Sunday, August 23, 2009

2 RAMADHAN

Hari ini hujan di tempatku. Jadi puasa hari kedua dilalui dengan `segar' dan `nyaman'. Juadah berbuka hari ini ialah sambal udang, tempe goreng berkicap dan ikan kering tenggiri. Karipap sardin pun ada hari ini. Hari ini semua juadah adalah hasil `air tangan' Anisku. Tak macam semalam, semuanya beli.

Syuhadah, anak sulungku dah mula batuk selepas semalamnya, anak keduaku Hamimah yang kena. Semuanya menjangkitku sebab daku yang kena selsema dan batuk-batuk minggu lepas. Alhamdulillah, ianya bukan virus yang bahaya tu.

Anisku pula mengadu sakit kepala sebelah kiri. Malam tadi daku tolong `guasa' kan tempat yang sakit. Harap-harap sembuhlah lepas ni.

Saturday, August 22, 2009

1 RAMADHAN & JUADAH BERBUKA

1 Ramadhan hampir melabuhkan tirainya saat daku mencoret di blog ini. Alhamdulillah, hari ini berjalan baik. Yang bestnya, sakit angin di perut yang sentiasa `menyerang' ku sebelum ini nampaknya `tewas' di bulan Ramadhan ini. Kalau tidak, lepas sahaja sarapan pagi, daku akan terasa nak buang air dan selepas itu perutku akan terasa kosong. Angin akan `mengambilalih' dan rasa tak selesa akan bertandang. Aku dah mula diberikan ubat gastrik oleh doktor. Daku berharap Allah swt akan menyembuhkanku di bulan Ramadhan ini.

Petang tadi pula, daku dan keluarga keluar mencari juadah berbuka. Saja bagi peluang Anisku berehat tak masak hari pertama puasa ini. Tak banyak gerai yang menjual juadah berbuka di sekitar tempatku. Mungkin hari pertama agaknya. Lalu daku ke Kubang Kerian. Banyak juga gerai di situ. Kami meronda mencari apa yang berkenan di hati. Selepas kira-kira 20 minit di sana, maka mee goreng kerang, ayam madu bakar, murtabak, puding karamel, ayam cincang goreng kunyit, karipap sardin, lauk ikan masak sambal, daging kerutuk, air kelapa dan kerabu pucuk paku yang kami beli. Tak sangka pula jadi banyak macam tu. Larat ke nak makan semuanya tu .....

Untuk sahur malam ni, Anisku cadangkan kari kambing restoran mamak. Hemm.. Sedap jugak tu ...

SERI RAMADHAN

Pagi tadi daku terdengar bunyi orang memasak di dapur. Kira-kira jam 4.15 pagi. Dalam keadaan mengantuk, daku terpinga-pinga. Selepas itu, baru kusedar rupanya Anisku sedang menyediakan juadah untuk sahur pertama Ramadhan tahun ini. Niat hati nak bangun membantu menyiapkan pinggan mangkuk atau apa-apa yang patut. Tiba-tiba terdengar suara Anisku, `Bang... Bangun bang. Jom sahur...' Rupanya daku terlelap selepas berniat nak menolong Anisku tadi....

Sahur kami simple aje. Nasi putih, telur goreng masak kicap dan asam pedas ikan merah. Minuman untuk Anisku dan anak-anak ialah susu manakala aku pula Milo Kosong. Lepas itu makan spirulina dan khurma dengan air suam.

Selepas sahur, kami sekeluarga berehat menanti waktu subuh. Masuk waktu, berjamaah dengan Anisku dan anak-anak. Bertambah seri nampaknya keluargaku dengan kehadiran Ramadhan. Semoga terus berseri-seri selepas ini...

Friday, August 21, 2009

ANNIVERSARY DI AMBANG RAMADHAN

Hari ini adalah ulangtahun perkahwinanku dan Anisku yang ke 15. Macam tak percaya sebab aku rasa macam baru 5 bulan aje. Pepagi lagi aku dah terima ucapan dan kucupan di pipi dari Anisku. Tempat lain tak boleh sebab aku masih belum pulih sepenuhnya daripada selsema. Hehe.

Selepas Anniversary kami, Ramadhan pula menjelma. Ini kali keempat kami berpuasa di perantauan. Suasananya tidak banyak berbeza. Pagi tadi sempat daku membeli khurma untuk juadah berbuka puasa esok. Semoga ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Wednesday, August 19, 2009

SAHABAT

Daku diberitahu oleh seorang sahabat tentang satu ceramah yang pernah dihadirinya dan amat memberi kesan kepadanya. Kata sahabatku itu, penceramah berpesan, `Lupakan perkara tak baik yang pernah dilakukan orang kepada kita, tetapi ingatlah perkara tak baik yang kita lakukan kepada orang lain. Lupakanlah perkara baik yang pernah kita lakukan kepada orang lain tetapi ingatlah perkara baik yang dilakukan orang kepada kita'.

Sepanjang bersahabat dengannya, beliau begitu cermat bila berbicara, tidak pernah meninggi suara dan senyuman sering mengiringi bual bicaranya. Bertuahnya daku mempunyai sahabat sepertinya....

Wednesday, August 12, 2009

BIMBANGKU HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU

Alhamdulillah hari ini selesai tugasku di luar stesyen. Tepat jam 4.30 petang tadi, sampailah aku ke rumah. Disambut oleh Anisku yang sedang bertelekung menanti masuk waktu Asar. Tak dapatlah daku nak mendakapnya sebab dia ada wudhuk. Adham pula tak begitu kesah tapi bila daku memanggilnya, dia meluru ke arahku dan memelukku. Kucium pipinya dan kuminta dia mencium pipiku pula. Mimah sedang lena dibuai mimpi. Kepenatan agaknya. Syuhadah pula di bilik komputer, leka melayari internet.

Sewaktu dalam tugasan, Anisku diserang demam. Risau daku dibuatnya lebih-lebih lagi sekarang ni musim wabak yang merbahaya tu. Mujurlah ada jiran yang membantu menghantar Anisku ke klinik. Alhamdulillah Anisku takde apa-apa. Hujung minggu ini, tugasan di Terengganu pula menantiku. Tapi kali ini, Anisku dan anak-anak akan bersamaku.

Sunday, August 9, 2009

PELIK TAPI BENAR

Daku perasan yang anak-anak aku ni bila Anisku masak, tak kisah nak makan tapi bila tak masak, komplen pulak perut lapar. `Nak makan apa ni mak? Rungutan popular daripada Syuhadah dan Mimah bila Anisku tak masak atau lewat masak. Satu lagi, bila kat rumah, tak kisah nak makan. Bila disuruh makan, mereka kata tak lapar dan macam-macam alasan sebab tak nak makan. Tapi bila pergi mana-mana shopping complex atau kat luar, sibuk pula kata perut lapar. Lebih-lebih lagi Mimah. Syuhadah pula, bila makan kat rumah, macam tak berselera aje tapi kalau makan kat luar, sentiasa berselera.

Aku pulak lebih suka makan kat rumah. Lagi sedap sebab Anisku yang masak. Hehe....