Sunday, November 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY BUAH HATIKU...

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak bongsuku, Muhammad Adham. Beliau dilahirkan pada 12 Zulhijjah 5 tahun lalu di Kuantan, Pahang. Adham saja yang lahir di Pahang sebab Syuhadah dan Hamimah dilahirkan di Johor Bahru.

Semoga Adham menjadi anak yang soleh manakala Syuhadah dan Hamimah pula menjadi anak yang solehah.

Saturday, November 28, 2009

KENANGAN AIDIL ADHA 2009

Jumaat lalu, daku ke Kuala Terengganu selepas solat Aidil Adha bersama keluarga. Sepanjang perjalanan, ku melihat beberapa keluarga sedang melaksanakan ibadah korban. Jalanraya pula agak lengang dan perjalananku lancar. Sampai sahaja di hotel, daku bergegas bersama seorang kakitangan hotel ke masjid berhampiran untuk solat Jumaat. Kami terlewat kerana imam telah selesai membaca surah Al-Fatihah dan sedang membaca surah pilihan tatkala kami tiba. Mujurlah masih pada rakaat yang pertama. Menariknya, cuma tinggal 2 tempat kosong aje di celah-celah jemaah yang padat itu untuk kami. Alhamdulillah...

Daku dan keluarga menginap di Felda Residence Hotel. Hotelnya bersih dan cantik. Bangga aku sebab ianya milik FELDA. Kami dapat rate istimewa kerana isteriku adalah anak Felda. Apa yang menarik perhatianku ialah mudahnya mengambil wudhuk di hotel ini kerana terdapat paip khas untuk tujuan itu di tempat mandi. Tak banyak hotel yang ada kemudahan ini. Semoga mereka yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini mendapat pahala yang berterusan daripada Allah swt.

Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA ...

Aidil Adha menjelma lagi. Laungan takbir yang berkumandang menyemarakkan suasana. Tahun ini daku dan keluarga menyambut Aidil Adha di perantauan lagi, buat kali ke 4. Dengan keluargaku sentiasa di sisi, daku bahagia walau di manapun daku beraya. Cuma anak-anakku dan isteri yang mungkin terkilan kerana tak dapat beraya di kampung halaman.

Bulan ini agak mencabar bagiku. Dugaan terasa berat. Daku berusaha melaluinya dengan tabah. Melaluinya tidak semudah kata. Dunia terasa sempit dan diri rasa terperangkap. Jalan keluar terasa berliku. Namun, ianya jadi pengalaman berharga buatku. Ia mengajarku erti sabar, erti kepahitan, erti sahabat , erti kawan ketawa, erti inspirasi, erti rintihan dan erti Isteri Solehah...

Alhamdulillah.... setelah melalui semua itu, menjelang Aidil Adha, daku REDHA .....

Sunday, November 8, 2009

SEVEN ELEVEN




Setiap kali `seven eleven' tiba, maka Syuhadahlah antara orang yang paling gembira. Meningkatlah umurnya setahun lagi. Sebagaimana pesanku kepada dia, `Akak makin tua sekarang tau. So, kena lebih matang dan lebih bertanggungjawab'. Seperti biasa, Syuhadah tersengih aje mendengar pesananku itu. So, pagi semalam daku mengirim sms ucapan kepadanya. Tak pastilah daku perasaannya apabila mendapat ucapan itu kerana sms tu tidak di `reply'nya. Anak sulungku ini memang tidak pandai meluahkan perasaannya. Suka memendam rasa. Kerap juga hasratnya apabila nakkan sesuatu itu disampaikan melalui adiknya Hamimah. So, agak sukar nak membaca hati dan perasaannya. Apapun daku yakin beliau pasti tahu bahawa aku sentiasa menyayanginya... So, to akak, `HAPPY BIRTHDAY'