No Handphone Berkualiti
4 years ago
BLOG KESEJAHTERAAN KELUARGA

Diam tak diam dah 16 tahun rupanya usia rumahtanggaku.  Tak sangka sungguh sebab daku rasa macam masih baru aje. Tahun ini ku terima sepasang baju dari Anisku. Warna merah pulasan. Alhamdulillah. Tapi aku pula belum beri apa-apa hadiah buat isteriku. Bukan apa, cuma belum ada idea lagi nak bagi apa. Silap-silap, sampai anniversary tahun depan pun belum ada idea lagi. Hehe...
Pada tarikh hari ini, kira-kira 45 tahun yg lalu, pada hari Khamis malam Jumaat, aku dilahirkan di sebuah kampung di Johor Bahru. Menurut emakku, akulah yang paling susah nak di `keluarkan' dan paling sakit diantara anak-anaknya yang lain. Emak kata kepalaku besar. Cepatnya waktu berlalu. Umurku bertambah lagi. Baki umurku yang tinggal hanya Allah swt jua yang mengetahuinya.
Cinta itu bukan Tuhan. Terasa menusuk kalbu bila daku membaca ayat itu. Tepat. Selama ini ramai diantara kita yang berasa bahawa cinta adalah segala-galanya. Kerana cinta, dunia terasa indah tapi bila cinta telah hilang, hidup jadi tunggang langgang. Walhal, cinta adalah anugerah Tuhan kepada hambanya agar berasa selesa dan bahagia dengan kehidupan. Janganlah kerana cinta, Pemberi cinta kita lupakan. Kini baru kufahami tentang cinta dan bagaimana cara yang betul untuk meraikan cinta ini. Terima kasih kepada penulis kerana tulisannya yang menyentuh hatiku ....
Memegang amanah sesungguhnya bukanlah sesuatu yg mudah. Kerana itulah ganjarannya amat besar. Ada yang berjaya, tidak kurang juga yang gagal. Adakalanya kita sendiri yang beria-ia sanggup memikul amanah, apatah lagi bila amanah itu sesuatu yang datang dengan kesenangan, keseronokan dan juga dengan `cinta'. Namun benarlah janji Tuhan bahawa semua itu akan diuji. Cinta yang pada awalnya dirasakan membara bak api yang tidak mungkin padam, rupa-rupanya hilang sekelip mata dek `cinta' yang lain. Hilanglah rasa tanggungjawab memikul amanah yang dulunya dikejar-kejar. Dibiarkan saja ianya berlalu. Kini bersedia pula untuk memikul amanah yang baru. Yang mungkin sedang membara lagi, tak pasti sampai bila pula....
Sebenarnya daku tak berapa nak minat untuk ucap `Happy New Year' ni sebab kita kan baru saja melangkah ke Tahun Hijrah 1431. Tapi oleh kerana aku tak ucapkan Salam MaalHijrah sebelum ni maka eloklah aku ucap untuk kedua-duanya sekali kepada semua pembaca blog ini.