Friday, February 27, 2009

LAGU SYAHDU

MENYEMAI CINTA DI PCB

`Bang, boring le bang. Tiap-tiap hari asyik dok kat rumah je' rungut Anisku. `Awak nak ke mana? tanyaku. `Tak kisahlah gi manapun, janji bukan kat rumah' jawabnya. `Oklah. Jom kita pergi PCB. Tidor satu malam kat sana' cadangan aku pada Anisku.

Simpati juga aku pada Anisku. Tapi apakan daya. Kesibukan tugas menyebabkanku tak berkesempatan meluangkan masa dengannya. Hujung minggu selalunya diisi dengan aktiviti tetap. Antaranya, ke pasar, ke KB Mall/Tesco atau Billion. Mungkin dia bosan agaknya.

Lalu minggu ini kami berehat di PCB. Moga cinta Kami terus bersemi dan semakin membara di PCB nanti....

ADHAM & KEK SPONGEBOB




Adham minat tengok kartun ni. Sampaikan kek birthday dia pun dipilihnya kek yang ada gambar kartun tu.

SENTUHAN RASA SEBUAH BUKU

Buku ini dibeli oleh ANISKU. Dah agak lama juga tapi aku baru saja berkesempatan membacanya. Alhamdulillah, ada `sentuhan', ada `kemanisan' dan ada `keinsafan' apabila aku membacanya.

Kepada sesiapa yang membaca blog ini, dapatkanlah buku ini ya .....

Friday, February 20, 2009

LAGU UNTUK YANG MERINDUI RASULULLAH SAW

TARIKH ISTIMEWA

Semalam, 19 Februari 2009 adalah Hari UlangTahunku. Usiaku semakin bertambah. Bakinya mungkin tinggal sedikit. Ucapan kuterima daripada isteri, anak-anak, anak saudara dan sahabat-sahabat yang tahu tarikh lahirku.

DOAKU; SEMOGA ALLAH ANUGERAHKANKU DENGAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI ....

Tuesday, February 17, 2009

HAPPY BIRTHDAY BUAT INTAN

Hari ini hari ulangtahun anak saudaraku iaitu Intan Yuhanis. Intan kini berusia 13 tahun. Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat.



Saturday, February 14, 2009

Friday, February 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY

Hari ini birthday adikku, Yus. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkatiNYA. Kami jarang dapat bersua. Kali terakhir ialah pada Syawal 2008 lalu. Beliau merupakan Pak Uda kepada anak-anakku. Adham pernah tersilap kerana menyangkakan adikku itu aku. Memang wajah kami adakalanya dilihat serupa. Maklumlah, Se-Emak Se-Bapak.

Cuba lihat foto di atas. Adikku yang berdiri dan aku duduk disebelahnya. Sama tak? Kalau aku tanya Hamimah sapa lebih handsome antara Aku dan Pak Uda, Mimah pasti jawab `Ayah'. Kalau jawab Pak Uda, tak dapat le beli aiskrim. Hehe...

GEMBIRA & SEDIH

ALHAMDULILLAH. Adham telah sembuh daripada demam. Kini dia kembali riang bermain dengan `spongebob' dan leka dengan `computer game'nya. Selera makannya juga telah beransur `pulih'. Cuma ANISKU sahaja yang masih `keletihan' kerana `didera' Adham sepanjang minggu lepas.

AL-FATIHAH. Minggu lepas aku kehilangan seorang Pakcik yang pulang ke Rahmatullah. Terkilan kerana tidak dapat menziarahi jenazahnya kerana keadaan kesihatanku dan keluargaku yang tidak mengizinkan. Mujur adik dan iparku dapat melakukannya. Terkenang saat Arwah mendukung anakku beberapa tahun yang lalu. Aku cuba mencari photo itu untuk ku `post' kan di blog ini tapi tiada kerana telah didelete selepas dicetak. Walaubagaimanapun, doaku semoga roh Pakcikku dicucuri RahmatNYA...

Friday, February 6, 2009

BERKURUNG DI HUJUNG MINGGU

Adham tidak sihat. Selsema dan demam. Masalahnya, dia terlalu takut nak ke klinik. Nampak klinik aje pun dah terjerit-jerit menangis. Terpaksalah isteriku memberinya ubat yang doktor bagi. Adham sebenarnya masih trauma dengan hospital. Dia pernah tinggal di hospital selama 6 hari pada tahun lepas. Itu yang dia takut sangat tu.

Hamimah baru sahaja pulih daripada demam. Adham demam mungkin jangkit Hamimah. Syuhadah pula beritahu aku yang dia dah pandai buat sandwich telor. Belajar kat sekolah. Tapi aku belum rasa lagi sandwich telor dari `air tangannya'. So, tak boleh nak komen sedap atau tidak. Aku kini sedang alami selsema dan demam. Isteri pula `keletihan' kerana menjaga Adham semalaman. Jadi, hujung minggu ini kami sekeluarga berkurung aje di rumah.