Friday, April 24, 2009

KHAS BUAT NOOR HAMIMAH

25 APRIL

Esok Mimah genap 11 tahun. Kepada anak kedua itu, inilah ucapanku khas buatnya. `Selamat harijadi buat Mimah. Ayah doakan semoga Noor Hamimah sehat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah swt. Belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat'

`Jangan lupa janji adik kepada ayah, pijak badan ayah tiap-tiap hari tau ....'

Saturday, April 18, 2009

SUKARNYA MENGERTI PERASAAN INI

Rasa kehilangan amat sukar dimengerti. Kita jarang menghargai sesuatu sehinggalah kita kehilangannya. Kita selalu mencari yang lain sedangkan kita sebenarnya telah memilikinya. Setelah menjadi milik orang lain, kita pula hanya bisa mengenang saat manis bersamanya.

Friday, April 17, 2009

TERHARU

Lagu ini memang sedih bagi sesiapa yang mendengarnya lebih-lebih lagi kalau ada peristiwa tertentu di sebaliknya. Aku mendengar lagu ini di majlis penghargaan buat bossku beberapa hari yang lalu. Memang terharu....


LUAHAN RASA

Semalam aku berada di Kuala Lumpur. Petangnya pulang ke KB. Dalam perjalanan pulang, aku berbual dengan pemandu teksi. Dalam perbualan itu, beliau melahirkan keinginannya untuk merasa pengalaman naik kapalterbang. Setelah mendarat, seorang lagi pemandu teksi melahirkan hasrat yang sama kepadaku. Kedua-duanya belum pernah menaiki kapalterbang walaupun kerap menghantar dan mengambil penumpang di lapangan terbang. Kudoakan agar kedua-dua mereka akan berpeluang menaiki kapalterbang suatu masa nanti seperti yang mereka hasratkan.

Kepada mereka, aku menyatakan bahawa andai aku berpeluang memilih, aku akan memilih pengangkutan yang lain. Entah kenapa, walau bukan pertama kali, hatiku sentiasa berdebar berada di angkasa. Seingatku, hanya 2 kali aku berasa tenang berada di dalam pesawat. Kedua-duanya kerana bersamaku pada waktu itu ada insan bertaraf ulama. Aku pasti, doa mereka dapat kunikmati bersama.

Apapun, sewaktu di dalam pesawat, dapat kunikmati betapa indahnya ciptaan Tuhan, betapa luasnya bumi ini dan betapa dekatnya kematian itu dengan manusia. Aku tergamam ....

Saturday, April 11, 2009

ROMBONGAN PENGANTIN

Tengahari tadi, kami sekeluarga menyertai rombongan pengantin perempuan yang merupakan anak kepada sepupuku (sebelah ayah). Syukurlah kerana kami dapat membantu meramaikan anggota rombongan pengantin yang agak terhad itu. Layanan baik tuanrumah meninggalkan kenangan manis buatku.

Malamnya pula, daku, Anisku dan anak-anak makan malam di restoran berdekatan rumah. Tomyam, sotong goreng tepung dan telor dadar menjadi menu utama. Seronok makan bersama keluarga. Adham sahaja yang masih belum `menyertai' kami makan bersama kerana dia belum lagi hendak makan nasi walaupun dah 4 tahun umurnya. Dia leka dengan kereta mainan sepanjang kami menjamu selera itu. Tapi tak mengapalah. Asalkan dia sihat dan gembira, itu cukup memadai buatku.

Thursday, April 9, 2009

BILA RINDU DATANG BERTAMU

Agak lama juga aku tidak `up-date' blog ini. Kesibukan menghalang aku berbuat demikian. Dan, dah lama juga rasanya aku tidak `balik kampung'. Tak sabar rasanya menunggu Ramadhan dan seterusnya Syawal untuk pulang ke kampung. Begitulah sejak 6 tahun lalu. Syawallah waktu yang `mengizinkan' aku dan keluargaku pulang ke kampung.

Beruntunglah mereka yang bertugas di kampung halaman sendiri atau yang berdekatan dengannya. Mereka pasti dapat pulang ke kampung bila sahaja terasa rindu. Sesungguhnya, aku dapat rasakan betapa berjauhan itu memberi makna rindu yang sebenar kepadaku.

Sementara itu, Anisku sering meluahkan rasa bosannya kerana `terperap' di rumah. Tapi apakan daya! Semoga Anisku sabar kerana ketetapan Ilahi ini pasti ada hikmahnya.


Tentang anak-anakku pula, ku rasa mereka bahagia di sini, kerana aku dan Anisku, sentiasa disamping mereka.....