Saturday, June 27, 2009

DINNER `STEAMBOAT'

Malam ini aku dan anak-anak dijamu makan `steamboat' oleh Anisku. Alhamdulillah, sekejap aje `licin' steamboat tu. Aku bagitau kat anak-anak `Tengok... Pandai tak isteri ayah masak?' Khabarnya Anisku belajar masak steamboat daripada kakaknya. Kakaknya itu memang minat memasak. Siap ada blog khas untuk resepi lagi. Sila klik di sini

Kakak iparku yang sorang lagi pun sedap `air tangannya'. Kalau dia buat `jemput-jemput bawang' selera je aku makan. Apa aje yang dia masak, memang menjadi. Cuma dia takde ler `blog' untuk mencurahkan ilmunya itu.

Anisku pula kalau bab masak nasi ayam memang aku tabik. Karipap inti sardin yang Anisku buat sentiasa menjadi `favourite' aku.

Monday, June 22, 2009

Sunday, June 21, 2009

GAMBAR KELUARGA

Ini adalah foto keluarga kakak sulungku. Dikirim oleh anak saudaraku, Intan Norazlin melalui mms. Bila kutanya melalui sms`Kenapa hantar gambar lama?' Alin membalas, `Gambo ms sk tadika. 2 je yang ada gambar kuarge. Yang laen x cntk'. Jadi, buat Alin dan Kak Tan, Pak Ngah `postkan' gambar tu kat blog ini seperti yang dijanjikan.

Oh ya. Kak Tan dan Alin belikan Abah hadiah apa sempena `Hari Bapa' hari ni?. Mimah hadiahkan Pak Ngah pen dan strawberry. Syuhadah belum bagi hadiah lagi. Mak Ngah pulak belikan Pak Ngah baju kemeja dan t-shirt.

Saturday, June 13, 2009

ADIK BERADIK

Inilah Anisku dan adiknya. Ada yang kata rupa mereka berdua sama. Ada benarnya juga kerana Adham (anak bongsuku) pernah tersilap menyangkakan adik Anisku itu emaknya. Begitulah juga sebaliknya. Anak adik iparku pernah menyangkakan Anisku itu ibunya.

Kudapat rasakan betapa Anisku amat gembira apabila adiknya datang ke rumah minggu lepas. Maklumlah bukan selalu dapat berjumpa apatah lagi setelah masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Mereka berdua memang rapat masa zaman `anak dara' dulu. Akupun tumpang gembira kerana dengan kehadiran iparku itu, `perang dinginku' dengan Anisku secara automatik `terhenti' dan `berdamai'. Hehe.

Adham pun happy dengan sepupunya Hilman. Adham yang memang susah nak berkawan dengan sesiapa itu riang bermain dengan Hilman. Seronok melihat gelagat mereka. Seterusnya, dengan kesempatan yang ada juga, dapatlah aku membawa mereka membelibelah di Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh.

Harapanku, semoga mereka bahagia sepanjang berada di rumahku sebagaimana kami amat bahagia dengan kehadiran mereka.

Sunday, June 7, 2009

KUNJUNGAN SAUDARA

Kami menerima kunjungan saudara dari Johor pada hari Sabtu. Saudara kami datang untuk `makan gulai' di Kubang Kerian. Mereka keletihan kerana mengharungi perjalanan yang jauh ditambah pula dengan kesesakan jalanraya untuk sampai ke Kota Bharu. Almaklumlah, musim cuti sekolah.

Walau bagaimanapun, anak-anakku amat gembira dengan kehadiran sepupu mereka. Sampai tengahmalam mereka masih tak mahu tidor kerana sibuk dengan `playstation'. Mereka memang jarang dapat bersama. Berjumpa pun pada HariRaya sahaja. Biarlah.... asalkan mereka bahagia.

Saturday, June 6, 2009

TIADA JALAN LAIN

Ketenangan adakalanya sukar dinikmati. Ada sahaja yang menghalangnya. Semakin dicari, semakin jauh ia lari. Entahlah. Mungkin kerana ianya terlalu bernilai, tidak semua mampu `memilikinya'.

Namun, daku akan berusaha untuk memilikkinya. Tanpa jemu. InsyaAllah. Lalu aku berazam dan bertekad. Hatiku berkata, `Tiada jalan lain kecuali jalanNya.' Tiba-tiba, hatiku menjadi tenang. Lantas aku berasa yakin bahawa ketenangan telah ku `milikki'. Alhamdulillah...