Saya terima sms ini dari seorang yang menerimanya daripada seseorang. Walau siapapun orang itu, terima kasih kerana bahasanya itu amat indah. Inilah smsnya;
`Ku minta kepada Allah setangkai bunga segar. DIA berikan kaktus berduri. Ku minta kupu-kupu, diberiNYA ulat berbulu. Ku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masaNYA. Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang mengatur yang terbaik buat kehidupan kita...'
assalamualaikum tuan,
ReplyDeletesaya dalam usaha menghasilkan blog sendiri,
saya tidak berkesempatan untuk ke cyber cafe kerana beberapa kekangan.
mudah-mudahan saya mendapat sesuatu yang beharga daripada tuan.
doakan kejayaan bersama.
wassalam...