Semalam, daku menelefon ibuku di kampung untuk bertanya khabar. Ibuku memberitahuku bahawa dia baru sahaja boleh berjalan. Rupa-rupanya dah seminggu dia tak boleh berjalan kerana kakinya bengkak akibat terjatuh di belakang rumah. Selama seminggu itu, ibuku dibantu oleh adik bongsu dan ayahku untuk bergerak. Kakak sulongku yang tinggal di kampung berhampiran pula menghantar makanan ke rumah kerana ibuku tak dapat memasak. Dia jugalah yang ke klinik mengambil ubat untuk ibuku. Syukurlah ayah, kakak dan adikku tinggal bersama dan berdekatan dengan ibuku. Ada yang membantu di saat-saat begitu.
Ibuku sengaja tak beritahu aku yang jauh ini kerana tak mahu aku susah hati. Itulah keadaannya bila berjauhan ini. Semoga Tuhan mempermudahkan segalanya buat kami sekeluarga ...
No comments:
Post a Comment