Minggu lepas daku sekeluarga berkesempatan berehat di hujung minggu. Tempatnya di Villa Danialla, Tok Bali, Kelantan. Cantik tempatnya. Anak-anakku nampak happy terutama waktu mandi kolam. Adham, seperti biasa, menjerit-jerit tak mahu berhenti mandi kolam walaupun bibirnya bergetaran kesejukan.Peluang sebegini memang amat berharga buatku. Kesempatan bersama keluarga tersayang amat membahagiakan. Syukur Alhamdulillah.
Keluargaku terdiri daripada 5 orang. Aku, isteri, 2 anak perempuan dan seorang lelaki. Isteriku Anis. Anak sulungku, Noor Syuhadah, kedua Noor Hamimah dan yang bongsu, Muhammad Adham.
No comments:
Post a Comment