Kini musim durian di tempatku. Balik dari hypermarket tadi sempat aku singgah beli durian di tepi jalan. RM10 selonggok (4 biji). Sampai di rumah, seperti biasa Syuhadah akan siapkan alas untuk `projek makan durian bersama'. Alhamdulillah, selepas makan beberapa ulas, rasa dah tak boleh nak makan lagi sebab isi durian tu tebal-tebal belaka. Anisku yang asalnya tak `minat' durian pun ikut sama. Mimah dan aku sebenarnya masih belum sembuh daripada selsema dan batuk. Tapi nekad aje kami makan. Petua minum air dalam pangsa durian yang dibuat selepas makan tu diharap dapat menyejukkan kami. Itulah penangan durian. Makan sikit dah tak larat. Tapi selepas tu susah nak tolak.
Lepas projek makan durian selesai, Anisku sibuk pula di dapur menyiapkan juadah makan malam kami. Malam ni Steamboat lagi...(Permintaan anak-anak).
No comments:
Post a Comment