Saturday, November 28, 2009

KENANGAN AIDIL ADHA 2009

Jumaat lalu, daku ke Kuala Terengganu selepas solat Aidil Adha bersama keluarga. Sepanjang perjalanan, ku melihat beberapa keluarga sedang melaksanakan ibadah korban. Jalanraya pula agak lengang dan perjalananku lancar. Sampai sahaja di hotel, daku bergegas bersama seorang kakitangan hotel ke masjid berhampiran untuk solat Jumaat. Kami terlewat kerana imam telah selesai membaca surah Al-Fatihah dan sedang membaca surah pilihan tatkala kami tiba. Mujurlah masih pada rakaat yang pertama. Menariknya, cuma tinggal 2 tempat kosong aje di celah-celah jemaah yang padat itu untuk kami. Alhamdulillah...

Daku dan keluarga menginap di Felda Residence Hotel. Hotelnya bersih dan cantik. Bangga aku sebab ianya milik FELDA. Kami dapat rate istimewa kerana isteriku adalah anak Felda. Apa yang menarik perhatianku ialah mudahnya mengambil wudhuk di hotel ini kerana terdapat paip khas untuk tujuan itu di tempat mandi. Tak banyak hotel yang ada kemudahan ini. Semoga mereka yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini mendapat pahala yang berterusan daripada Allah swt.

No comments:

Post a Comment