Tuesday, December 22, 2009

BAHAGIA BERSAMA KELUARGA

Adham dan kakak-kakaknya leka melihat rusa

Kedamaian di Ri-Yaz Heritage

Sejuk mata memandang

Syuhadah & Hamimah, mewarisi keayuan ibu mereka ..

Adham, asyik dengan baju Ben 10 aje.

Percutian ini adalah untuk membolehkan daku dan keluarga berehat dan bergembira. Isteri berehat daripada ke dapur, anak-anak berehat daripada belajar dan daku `berehat' daripada memikirkan soal pejabat. Hajat hati nak pulang ke JB tapi masih belum kesampaian lagi. Akhirnya Terengganu menjadi pilihanku dan Ri-Yaz Heritage di Pulau Duyung menjadi tempat penginapan kami sekeluarga.

Anak-anak sebenarnya tidak tahu destinasi percutian kali ini. Saja daku tidak beritahu mereka kerana kalau mereka tahu kami nak ke Terengganu tentu mereka akan merungut. Mereka sebenarnya dah `bosan' kerana asyik ke Terengganu sahaja. Mereka nak sangat ke Kuala Lumpur sebab dah lama tak ke sana. Tapi kerana waktu yang terhad serta jaraknya yang lebih dekat, Terengganu lebih sesuai.

Sebaik sampai di Ri-Yaz Heritage, Alhamdulillah sebab tak terdengar pulak rungutan anak-anak. Mungkin mereka terpesona dengan suasana damai, keindahan tempat dan keselesaan bilik penginapan. Anisku pun nampaknya selesa dan berpuashati dengan destinasi pilihanku kali ini. Bagiku keselesaan dan kegembiraan mereka adalah penting kerana mereka amat berharga buatku.

Di Terengganu, sempatlah kubawa anak-anak menziarahi muzium dan perpustakaan negeri. Sebelum ini anak-anak tidak sempat nak ke sana. Yang peliknya, Giant dan Mydin pun jadi tempat `lawatan'. Ramainya manusia di Mydin. Berkali-kali daku berpusing mencari parking. Malam pertama gagal. Akhirnya, waktu balik baru dapat ke sana. Semuanya itu kerana tidak mahu menghampakan Anisku dan anak-anak. Kalau ikut aku, memang tak minat pun nak ke situ.

Sebelum sampai ke rumah, kami singgah di Taman Tengku Anis untuk memenuhi hajat Adham yang tak puas main gelongsor di Pulau Duyung. Tapi, biasalah anakku itu. Kali ni menangis pulak nak main kat kolam air di situ selepas puas main gelongsor. Kesian pulak dengar tangisannya. Aku memang `lemah' bila tengok sesapapun menangis. Mungkin hujung minggu ni kena bawa Adham sekali lagi ke situ ....

Kehadrat Allah swt kupanjatkan kesyukuran diatas segala kurniaanNya. Semoga Allah swt menambahkan rezekiku, buat keluargaku, emak dan ayahku ...

No comments:

Post a Comment