Friday, July 31, 2009

DUNIA BARU ANISKU

Anisku kini mempunyai blognya sendiri. Blog itu di `create'kan oleh kakak iparku. Maka dapatlah kini Anisku mengisi masa lapangnya dengan melayari blognya itu. Dulu dialog ini amat kerap kudengar `Abang ni tak sudah-sudah dengan blog. Takde kerja lain ke?' rungutnya selalu. Kini dialog ini pula yang didengarnya daripada ku, `Hai, pagi-pagi dah depan laptop !!!' Dengan tersengih Anisku menjawab..`Seronok pulak dah ada blog ni....' Penyakit aku dulu dah berjangkit kepada Anisku .... Baru dia tahu .....

Friday, July 24, 2009

MERAIKAN TETAMU & TENANG BERSAMA KELUARGA

Pertengahan minggu ini pejabatku menjadi tuanrumah kepada satu mesyuarat yang dihadiri oleh `tetamu' dari seluruh negara. Jadi disamping menghadiri mesyuarat, daku turut mengaturkan aktiviti buat tetamu-tetamu juga. Bersyukurlah daku mempunyai anak buah yang komited, dedikasi dan cekap. Dengan izin Allah swt, semuanya berjalan lancar. Semoga semua tetamuku berasa gembira sepanjang berada di sini.

Oh ya. Apabila menjadi tuanrumah, ini bermakna daku tidak perlu `travel' untuk pergi bermesyuarat. Dengan demikian, dapatlah daku bersama-sama keluargaku sepanjang tempoh itu. Itu yang seronoknya. Walaupun daku tidak dapat sepenuhnya bersama mereka, hatiku tenang kerana Anisku dan anak-anak ada di `depan' mata selepas selesai tugasku.

Friday, July 17, 2009

PENANGAN DURIAN

Kini musim durian di tempatku. Balik dari hypermarket tadi sempat aku singgah beli durian di tepi jalan. RM10 selonggok (4 biji). Sampai di rumah, seperti biasa Syuhadah akan siapkan alas untuk `projek makan durian bersama'. Alhamdulillah, selepas makan beberapa ulas, rasa dah tak boleh nak makan lagi sebab isi durian tu tebal-tebal belaka. Anisku yang asalnya tak `minat' durian pun ikut sama. Mimah dan aku sebenarnya masih belum sembuh daripada selsema dan batuk. Tapi nekad aje kami makan. Petua minum air dalam pangsa durian yang dibuat selepas makan tu diharap dapat menyejukkan kami. Itulah penangan durian. Makan sikit dah tak larat. Tapi selepas tu susah nak tolak.

Lepas projek makan durian selesai, Anisku sibuk pula di dapur menyiapkan juadah makan malam kami. Malam ni Steamboat lagi...(Permintaan anak-anak).

Thursday, July 16, 2009

MAKAN DISUAP & CEMBURU

Aku demam dan selsema sejak hari Selasa lepas. Lantas berehat saja di rumah setelah berjumpa doktor semalam. Antibiotik, ubat demam dan pil selsema menjadi makananku. Tekak pun rasa tidak selesa.

Walaupun demam, ada juga manisnya. Bila? Waktu makan disuap oleh Anisku. Seronoknya. Tapi anak-anak, Syuhadah dan Hamimah cemburu rupanya. `Mengada-ngada Ayah tu. Makan pun nak suruh mak suap' rungut Hamimah. Syuhadah pun begitu. `Masa akak demam takde pun minta mak suapkan' katanya. Yang pelik, rungutan tak diucapkan di depanku tapi disampaikan oleh mereka kepada Anisku.

Akupun berkata kepada mereka, `Itu namanya mak sayangkan ayah. Macam pengantin baru. Jangan cemburu. Hehe..'

Sunday, July 12, 2009

KETAM GORENG TEPUNG

Petang tadi aku dan keluarga `makan malam' dengan ketam goreng (Menjadi kebiasaan aku dan keluargaku makan sebelum waktu maghrib). Sedapnya. Hilang agaknya penat Anisku memasak bila aku kata sedap. Lepas tu makan `Char Mee' pulak. Resepi daripada internet kata Anisku. Pun menyelerakan aku. Lepas itu makan durian pula. Akhirnya, aku kekenyangan ... Rasa terlebih makan hari ini. Tak boleh amalkan selalu. Takut perut semakin `sihat...'

Friday, July 3, 2009

6 BIRAS

Aku ada 6 orang biras. Masing-masing dengan urusan masing-masing. Namun, aku rasa birasku yang satu ini adalah yang paling sibuk. Kenapa aku rasa begitu? Lihatlah sendiri ...... (Tengah bergambar pun dgn telefon)