Saturday, August 22, 2009

1 RAMADHAN & JUADAH BERBUKA

1 Ramadhan hampir melabuhkan tirainya saat daku mencoret di blog ini. Alhamdulillah, hari ini berjalan baik. Yang bestnya, sakit angin di perut yang sentiasa `menyerang' ku sebelum ini nampaknya `tewas' di bulan Ramadhan ini. Kalau tidak, lepas sahaja sarapan pagi, daku akan terasa nak buang air dan selepas itu perutku akan terasa kosong. Angin akan `mengambilalih' dan rasa tak selesa akan bertandang. Aku dah mula diberikan ubat gastrik oleh doktor. Daku berharap Allah swt akan menyembuhkanku di bulan Ramadhan ini.

Petang tadi pula, daku dan keluarga keluar mencari juadah berbuka. Saja bagi peluang Anisku berehat tak masak hari pertama puasa ini. Tak banyak gerai yang menjual juadah berbuka di sekitar tempatku. Mungkin hari pertama agaknya. Lalu daku ke Kubang Kerian. Banyak juga gerai di situ. Kami meronda mencari apa yang berkenan di hati. Selepas kira-kira 20 minit di sana, maka mee goreng kerang, ayam madu bakar, murtabak, puding karamel, ayam cincang goreng kunyit, karipap sardin, lauk ikan masak sambal, daging kerutuk, air kelapa dan kerabu pucuk paku yang kami beli. Tak sangka pula jadi banyak macam tu. Larat ke nak makan semuanya tu .....

Untuk sahur malam ni, Anisku cadangkan kari kambing restoran mamak. Hemm.. Sedap jugak tu ...

No comments:

Post a Comment