Pagi tadi daku terdengar bunyi orang memasak di dapur. Kira-kira jam 4.15 pagi. Dalam keadaan mengantuk, daku terpinga-pinga. Selepas itu, baru kusedar rupanya Anisku sedang menyediakan juadah untuk sahur pertama Ramadhan tahun ini. Niat hati nak bangun membantu menyiapkan pinggan mangkuk atau apa-apa yang patut. Tiba-tiba terdengar suara Anisku, `Bang... Bangun bang. Jom sahur...' Rupanya daku terlelap selepas berniat nak menolong Anisku tadi....
Sahur kami simple aje. Nasi putih, telur goreng masak kicap dan asam pedas ikan merah. Minuman untuk Anisku dan anak-anak ialah susu manakala aku pula Milo Kosong. Lepas itu makan spirulina dan khurma dengan air suam.
Selepas sahur, kami sekeluarga berehat menanti waktu subuh. Masuk waktu, berjamaah dengan Anisku dan anak-anak. Bertambah seri nampaknya keluargaku dengan kehadiran Ramadhan. Semoga terus berseri-seri selepas ini...
No comments:
Post a Comment